Isnin, 3 Jun 2013

Bagaimana Jana Pendapatan Dari Rumah Tanpa Modal dilakukan

Saya pasti anda sedang mencari kebenaran mengenai kaedah “bagaimana menjana pendapatan dari rumah”, “bekerja dari rumah”, ”jana pendapatan sampingan melalui blog”, “buat duit dengan blog”, “buat duit dari rumah” dan sebagainya. Anda tentu dihidangkan dengan hasil carian yang menjanjikan pulangan yang tak masuk akal sehingga mencecah RM10,000 sehari dengan usaha yang tak seberapa ... semudah ABC seperti cakap-cakap agen MLM. 

Cukup mudah dan sangat membanggakan sekiranya anda mampu menjana pendapatan sampingan sendiri tanpa mengeluarkan sebarang duit poket sebagai modal awal. Hakikat yang perlu anda terima.. tiada servis di dalam dunia ini yang tidak memerlukan modal untuk meraih pulangan lumayan...

Sebelum pergi lebih jauh, saya mahu anda fahami dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada tips ajaib ataupun yang mudah untuk buat duit dari internet. 

Walaupun internet marketer sepenuh masa menjadikan rumah mereka sebagai pejabat. Namun begitu, tidak semestinya mereka bebas melakukan apa saja tanpa melakukan apa-apa atau duduk sahaja duit masyuk!!..mana mungkin duit nak masuk kalau tak buat kerja melainkan kerja-kerja tersebut hanya memerlukan pemantauan sales daripada pendapatan autopilot.

Disini saya berikan contoh-contoh ringkas apakah kaedah yang sesuai untuk anda jana pendapatan dari rumah. Saya juga akan terangkan dengan lebih jelas lagi bagaimana teknik-teknik buat duit ini diaplikasikan dalam entri-entri saya yang akan datang;

Tips 1 # Menjual barangan secara online 

Anda boleh memilih untuk menjual barangan yang anda fikirkan wajar dijual dan mempunyai sambutan hangat di laman-laman sosial misalnya facebook atau di laman mudah.my, lelong.my atau melalui blog anda sendiri. Melalui teknik-teknik pemasaran yang berkesan anda mampu menarik minat pelanggan untuk datang membeli barangan di laman web anda. 


Tips 2 # Menjana pendapatan dengan menulis

Percaya atau tidak, sehinggakan anda terpaksa mempercayainya bahawa ramai antara internet marketer dan blogger pada hari ini meraih pendapatan hariannya melalui penulisan. Penulisan artikel yang berkualiti disamping tips SEO yang berkesan akan dapat meningkatkan page rank sesebuah blog dan kredibiliti seseorang blogger.  

Lihat bagaimana Jutawan dan pelabur emas Azizi Ali membina kredibiliti dirinya sebagai seorang jurulatih dan mentor jutawan. Sebelum ini beliau bukanlah orang yang dikenali umum. Di awal pembabitan, beliau menulis pelbagai artikel untuk dihantar kepada syarikat-syarikat media. 

Bermula saat itu, beliau telah mula membina kredibiliti dan mencipta pengikut-pengikutnya sehingga ke hari ini. Pokok pangkalnya adalah melalui penulisan. Saya berikan contoh seorang lagi ikon internet iaitu mentor jutawan irfan khairi.. Dahulunya tiada siapa pun mengenalinya tetapi selepas beliau menulis buku ”Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” nama beliau mula dikenali ramai dan semakin banyak undangan ceramah daripada pelbagai agensi yang memberi keuntungan lumayan kepada beliau.


Tips 3 # Jana Pendapatan melalui blog 

Bagaimana nak buat duit dengan blog? Macam mana blog ini boleh buat duit? Semua persoalan tu sebenarnya sudah lama terjawab. Mungkin sebelum ini anda belum pernah temui lagi jawapannya tetapi hari ini, anda adalah insan bertuah kerana terjumpa seciput maklumat di blog mudahkot.com. Akan saya terangkan serba sedikit bagaimana duit boleh datang melalui blog. 

Yang Per I – Melalui Iklan-iklan yang dipasang tak kira lah sama ada google adsense, Adverlets, nuffnang, ataupun buat sewa ruang iklan di blog anda. Sedikit tips saya kongsikan, blog yang menarik tidak memerlukan ruang iklan yang bersepah-sepah dan nampak terlalu crowded. Engin carian macam google pun menyampah nak tengok. 

Tapi kalau blog yang cantik macam blog saya ini pun..alamak..perasaan lah aku ni.. kalau tiada traffik pun tak ada gunanya juga. Betul tak? Namun begitu, kalau korang pemain nuffnang atau adsense pastikan jenis iklan yang dipaparkan tidak menjurus kepada perkara-perkara haram contohnya iklan minuman keras ataupun membuat aktiviti klik-klik iklan yang sememangnya ditegah oleh penganjur. Dah cara pun salah.. inikan pula rezeki yang datang dari cara tersebut. Sendiri fikir lah. Kalau yang terasa tu…hurmmm..pandai-pandai lah..

Yang ke II – Melalui review produk. Blog-blog yang awesome macam pencinta merah sudahpun jana pendapatan puluhan ribu sebulan antaranya di bayar oleh syarikat tertentu hanya untuk membuat review produk mereka. 

So tak hairanlah redmummy boleh dapat income puluhan ribu sebulan. Walaupun begitu redmummy juga seperti anda hari ini bermula dari nobody sehinggalah menjadi somebody dalam dunia blogger tempatan. So, apa nak  dirisaukan kerana peluang sentiasa terbuka untuk anda. 

Syarikat-syarikat pengiklanan akan melihat traffik yang masuk ke blog anda kerana traffik yang tinggi dan berkualiti akan menghasilkan pulangan wang ringgit kepada mereka. Kalau tak betul apa yang saya katakan ini tolong perbetulkan..

Yang ke III – Melalui contest atau pertandingan. Ada sebahagian blogger menganjurkan contest untuk menarik traffik berkunjung ke blog mereka. Pelbagai contest yang dianjurkan bergantung kepada kreativiti blogger untuk menarik minat pengunjung datang ke blog mereka. Kebiasaannya harga contest antara RM50-RM100. Kira ok lah kot. 

Kalau sebulan boleh menang contest pada 5 blog sudah dapat RM500. Bukan senang orang nak bagi. Saya beri Contoh idea nak buat contest macam zyan si mamat poyo ni.. dia buat contest review blognya internetmudah.com

Apa yang perlu dilakukan cuma review blog zyan mengikut pandangan dan kreativiti olahan ayat anda. Hadiah tempat pertama RM100. Saya melepas peluang sebab lambat dapat info..huhu..kalau saya join tu hari..haisshhh mesti menang punya lah tempat ke10..huhu..

Yang ke IV – Melalui produk Affiliate. Yang ni paling letih saya nak celoteh. Ada lagi yang tak faham apa benda tu Affiliate? 

Macam mana ia berfungsi dan boleh menjana pendapatan. Kalau duduk dirumah boleh tak, saya buat Affiliate ini? Adesss.. sakit kepala saya nak jawab soalan-soalan macam ni…Saya rasa pakar Teknik ClickBank kita sedara Zyan boleh tolong jawabkan untuk saya.

Tak mengapa bro..en Zamri Nanyan Pakar Affiliate yang berkecimpung dalam dunia pemasaran internet sejak tahun 2006 boleh membantu untuk selesaikan masalah anda. 

Teknik Bina perhubungan Affiliate

Sebelum saya tutup entri ni saya share sedikit tips berkenaan teknik pemasaran produk affiliate ; 

Tips Affiliate 1 # Bina Perhubungan yang baik

Fokus pada perhubungan. Mengapa? Pemasaran produk Affiliate memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi kepada anda sebelum pengguna membeli produk tersebut. Apabila rakan anda memperkenalkan sesuatu produk kepada anda sebagai contoh “Buat duit Internet Tanpa Modal” dan dalam masa yang sama keyakinan anda terhadap teknik yang saya gunakan amat tinggi, sudah tentu anda akan mengikuti perkembangan blog saya dan akan membuat belian “Panduan Pemasaran Affiliate” daripada blog saya. Itu contoh sahaja..

Tips Affiliate 2 # Bina Traffik berkualiti 

Fokus juga untuk membina traffik akan datang. Bagaimana? Lebih banyak traffic bermakna lebih banyak mata yang membaca dan dalam masa yang sama lebih tinggi potensi untuk pembaca membeli produk yang anda promosikan.

Tips Affiliate 3 # Fokus kepada penyelesaian masalah

Kenalpasti produk yang sesuai bagi menyelesaikan masalah atau ubat mujarab kepada pembaca. Sekiranya pembaca ingin menjadi pakar Affiliate, atau sedang mencari-cari tips pemasaran affiliate, pastikan produk Affiliate yang anda promosikan amat bersesuaian dan berkesan untuk dipraktikkan saya ambil contoh "Panduan Pemasaran Affiliate" cara Rahman Basri. Ceritakan mengenai kebaikan dan kelebihan produk secara jujur agar pembaca lebih yakin dengan anda. Saya pasti anda akan memperolehi follower anda sendiri yang dahagakan tips-tips dan nasihat daripada anda.

Fuhhh..dah puas membaca??...harapan saya selepas membaca artikel ini anda lebih memahami bagaimana sebenarnya perjalanan kerja buat duit melalui internet ini dijalankan.

P/s : Tawaran menarik untuk 300 orang terawal. E-Book percuma untuk dikongsi berkenaan "5 Teknik Mudah bagaimana nak mulakan bisnes Internet sambil jana RM100-RM500 Sehari". 

Laporan boleh Download secara percuma DISINI.


37 comments

duit dari blog sy dah dpt...sekarang sy mencari duit dari menjadi pelanggan misteri...

Jangan biarkan hidup anda dibelenggu MISTERI....hoho..

wah lengkap penerangan terima kasih
http://agdaudr.blogspot.com/:)

Tentunya tips seperti ini datangnya dari orang yang berpengalaman dalm bidang ini..terima kasih saudara..

ramai yang menjana pendapatan melalui blog..apa yang penting usaha kena ada di samping kena ada ilmu bagaimana nak market produk supaya nampak menarik di mata pelanggan.

sama2..saya budak masih baru belajar.. kalau salah tlg tunjukkan... :)

thank..artikel yg menarik..singgah ke http://gerbangmayafreeaffiliate.blogspot.com

Saya nak promosikan satu produk yang baru untuk anda dapat duit secara online tanpa perlu buat blog dan website, hanya anda perlu letak artikel (tidak kisah apa sahaja) yang menarik.

sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut sila laman web yang saya sediakan di bawah ini

http://www.jutawano9.com/

Jana pendapatan dengan Shaklee bersama saya

www.momsmilkyway.com

Make money from home..Part time..No register fee..earn money everyday....
More detail click http//jobandcash.com/?share=10835

duit poket untuk pelajar: sila klik untuk mengetahui lebh lanjut

http://jobandcash.com/?share=175400

tq

Sebelum memulakan sesuatu bisnes online, adalah lebih baik untuk dapatkan ILMU terlebih dulu, jika tak nak kerugian & putus asa di kemudian hari..

>> Nak belajar bisness online dengan mudah?
Klik link di bawah utk access belajar secara PERCUMA…

-->> bit.ly/belajaronlinepercuma

Cne nk approve dt y dh de Kat jobandcash?

thanks info yg sangat menarik..dunia semakin moden..ayuh kita ceburi bidang peniagaan online... sila2 la singgah ke blog saya..

Berul kata tuan.. Memang takde perniagaan yang tidak memerlukan modal. Kat sini saya nak kongsikan sikit peluang pendapatan. Cuba tengok link ni : http://goo.gl/b8KQCP

setuju...dan berkongsi cerita dengan hanya bermain games ada dapat jana pendapatan..


http://electricalsembangkosong.blogspot.com/2014/11/buat-duit-dengan-hanya-bermain-games.html

Kita x tahu 10 tahun lg mgkin teknik pemasaran ini sudah x laku

Jana pendapatan memang seronok. Bagi ibu2 yang ingin jana pendapatan, bantu suami tingkatkan ekonomi keluarga sambil jaga anak dirumah.. amat2 dialukan. Semuanya hanya online sahaja.

sounds awesomely intresting
has reviewed the blog

Kalau unutk budak 13 tahun pulak macam mana??

Kalau masih bersekolah elok fokuskan pada pelajaran dahulu... soal wang bukan masanya untuk berfikir.. tapi kalau mampu bahagikan masa.. tiada masalah untuk itu

Hi asalamualaikum..

Ingin bekerja di rumah anda tanpa risiko..
Mulakan hari ini dan dapatkan income ikut kerajinan anda hari ini jugak.!! Woww best hanya Copy and Paste..

blog yg berinformasi...tahniah
www.duitezi.com

Banyaknya tips yang diberikan untuk jana pendapatan dari rumah.

Terbaiklah

Bagus penerangannya

Cikwi.blogspot.com

Dulu rajin juga update blog....pas tu letak iklan kat blog tu...alaa..nuffnang...tapi makin lama makin malas update blog..dengan masa tak ada..terakhir bersawang macam tu jer blog..ada la juga hasilnya dulu...huhu

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Seronok dapat buat kerja macam ni. Teruskan berkongsi maklumat yang berguna macam ni.

NAK...NAK....BLE AJAR SAYA

Info yang amat berguna...
TQ

http://kadlagenius.blogspot.my/
http://tipsjanapendapatan.blogspot.my/

Mcm mna nak buat blog yg boleh jana income erk??? 😅

PERKONGSIAN YANG CUKUP MENARIK. AFFILIATE ADALAH SALAH SATU SUMBER MUDAH UNTUK PEROLEHI PENDAPATAN SAMPINGAN TANPA MODAL.....TAPI PERLUKAN SKILL MENULIS YANG BAIK. SAYA DAPATI TUAN MEMPUNYAI POTENSI BESAR UNTUK MAJU SEBAGAI BLOGGER JIKA FOKUS PADA CONTENT MARKETING.. SEMOGA BERJAYA

Payah juga soklan ni.. haha.. hadam dulu artikel blog ini.. jalan jalan blog otai otai blogger.. mesti tuan jumpa caranya..

Sila masukkan nama anda walaupun anda tidak mempunyai URL. Elakkan komen sebagai annonymous

EmoticonEmoticon