Ahad, 12 Oktober 2014

Bagaimana cara buat duit dengan guna google Adsense


“Bro, ada panduan lengkap google adsense pdf tak? Kalau boleh nak yang PERCUMA .. 

hehe.. 

Kalau tak boleh cerita sikit kasi faham. 

Aku tengok ramai betul sekarang ni blogger Malaysia dapat buat duit dengan Google Adsense. Kira macam kerja dari rumah juga lah tu. Aku dulu punya lah payah nak dapat 100 USD. Sampailah aku jumpa dengan panduan yang bagus. ..baru dapat rasa komisen..

Panduan Bagaimana Buat Duit dengan Google Adsense



Ini baru betul…

Aku rasa dah ramai orang melayu kita yang peka pasal google Adsense ni. Yelah.. mana tahan dengan harga minyak naik 20 sen lagi.. Punggung pun dah panas kerusi.. Masa aku student UiTM dulu ada juga ternampak Panduan Raja Adsense tulisan shamsuriyadi tapi aku buat tak tahu aje. Paham aje lah student.. sengkek bukan main. Bila aku terjumpa panduan yang PERCUMA baru lah aku tahu betapa nikmatnya kalau dapat komisen Adsense ni. Di bayar dalam USD kot. 

Agak menarik, walaupun blog aku dah 3 tahun tak update dan aku pun dah tak ingat “password” nya lagi tapi tak sangka masih boleh menjana komisen adsense. Cuma “income” tak banyak lah.

TETAPI, kalau korang tengah mencari panduan yang BRUTAL dan ADVANCE gila dengan penuh trik-trik adsense terkini aku ada satu panduan yang rasanya memang cukup sesuai untuk korang baca dan buat itu pun KALAU korang benar-benar serius nak tambah side income melalui blog. Usah risau kerana panduan nih memang ditulis oleh orang yang memang berpengalaman dan sesuai dengan kerja buat Duit internet dengan Google Adsense.


Panduan Google Adsense Munawar

Jana Wang Adsense V 2.5


Panduan ini dah masuk Versi ke 2.5 beb. Dan Ahmad Munawar sememangnya orang terbaik dikalangan terbaik yang layak untuk bercakap tentang google adsense. Dia memang komited gila-gila buat duit dengan google adsense ni. 

Teknik yang diceritakan pun memang aku rasa TIP TOP dan “MOST WANTED” yang memang boleh ditiru dengan mudah. Asal korang memang ada niat nak belajar.

Brader Munawar ni memang ramai yang kenal terutama kaki forum Wangcyber. Kira dia ni Pelopor a.k.a Pioneer google adsense kat Malaysia ni. Ramai anak murid dia dan produk keluaran dia juga dah jadi otai dan kaya raya. Malah, ramai blogger kita dulunya berasal dari Forum Wangcyber. Ada Aman (Amanz.net), Ada brader Reezluv (Fairiz.com), Ada Zul Smartusaha (Smartusaha.com), Ada Sham (RajaAdsense.com), Ada Ammar Zahar (Aztetic.com), Jamal (SifuFBads), Muaz (Tipsptd.com) Gobala Krishnan (Ashadee), Encik Titan (Teknik SEO Merah Jambu) ,Ada Rahman Basri dan ramai lagi lah.. Kalau nak buat list memang tak cukup nak tulis kat sini. 

Boleh kata, kalau korang kenal mana-mana keluaran forum Wangcyber percayalah diaorang semua ni otai-otai belaka dan boleh dipercayai. Ilmu dan teknik yang dikongsi adalah atas dasar pengalaman mereka sendiri. Kalau nak banding teknik aku dengan brader Munawar ni memang jauh giler lah macam langit dengan bumi. 

Haha.. Aku nak dapat 100 Dollar sebulan pun sesak juga.. Dia sengih aje depan laptop boleh dapat lebih lagi. Mungkin sehari kot. Sebabnya program google adsense ni dah macam makanan dia. Yang aku ni kutip saki baki teknik pun dah kenyang.. 

Okeh..

Aku Cuma ada 2 Panduan bagaimana Buat Duit dengan google Adsense yang aku rasa boleh rekomen kat korang untuk dipraktikkan. Sebabnya DUA orang penulis nih memang tahu apa yang diaorang tulis dan memang pakar gila dalam hal google adsense. 

Ilmu yang baik sangat elok dipanjang-panjangkan. Lagi pun gaya brader Munawar ni macam tabligh aje aku tengok.. Ilmu diaorang ni pun mudah korang nak copy paste. Tak guna kalau cikgu HEBAT tapi kedekut ilmu. 

Kalau dah ada yang sudi kongsi ilmu yang mudahkan kerja dan boleh CONFIRM dapat Duit, kita ikut aje saranan diaorang. Kebiasaannya memang boleh DAPAT duit tapi syaratnya kena RAJIN belajar dan berusaha. Rezeki takkan datang bergolek hadap depan muka korang.

Kasar kan bunyinya.. haha

Dah. .....

Boleh lah korang dapatkan 2 Panduan MANTOP tu pada link bawah :


Semalam tak ada komisen adsense langsung
Ini income adsense yang menunggu untuk dikeluarkan. Tak sabar nak jumpa Bangla kat Western Union. Boleh terus masuk duit dalam akaun..

Note : main tulis-tulis blog cincai buncai pun boleh dapat income tiap bulan..Kalau tahu cara yang betul

P/s : Ada tawaran menarik dimana korang boleh download e-book "Kuasai 5 Teknik Mudah Bagaimana memulakan perniagaan Internet Sambil Jana RM100-RM500 Sehari".  Download DISINI

47 comments

Salam.. info yang berguna.. saya sedang cuba untuk jana wang adsense.. tp takut utk register takut x dilayam google.. huhu.. betul k blog tulis yang cincai2 pun boleh jana wang dgn adsense

wksalam,- agaknye la, tp kn skrg lak gst. mane2 pn kta cube smpai jd gak yek.

Salam .. nk tnye google adsense mmg x terime ke bdk bwh 18?

Assalamualaikum..tak de ke tip-tip dari JWA 2.5 ni siapa-siapa boleh share?

Wassalam.. bukan tak ada.. tapi kena respect pd otai.. setakat hint boleh lah kalau nak kongsi.. tp lebih elok dapatkan JWA 2.5... Bukan aku nak kedekut tapi kena hormat pada idea Brader munawar.. Bukan senang nak bikin ebook sebagus tu..

Adik nak buat google adsense nak dapat dollar punya pasal senang je tekan dekat bawah pendaftar adalah percuma

Assalamualaikum bro.kene bayar RM50 ke klau nk ebook dia?

oke x ni rogram ni...tak pyh keluarkan modal..konfem free semuanya ke...

info yang bermanfaat dari blog ni. memang best

Mekasih..aku pon masih belajar lagi bro..

Memang sangat ok..tapi nak kena rajin sikit..org malas mmg susah nak maju

Aah..kalau percuma ramai yg tak hargai ilmunya..mula2 aku pun rasa berat juga nak beli..tapi bila dah mula dpt pulangan berganda..baru aku faham..nk belaja online ni macam bisnes juga..kena keluarkan modal sedikit utk dptkan sesuatu..si skrg aku rasa ilmu munawar ni sgt2 berbaloi..

Wah... dulu adsense hanya boleh di iklan di blog yang berbahasa english sahaja... tetapi baru baru ini adsense meluluskan pemohonan blog bahasa melayu, Maka lepas ni ramai lah yang ingin menceburi bidang blog di malaysia.. terima kasih infonya...

Tunjuklah ckit tips buat duit 2

Salam boss...mcamana saya nk buat nk belajar. Bila tgk org tunjuk kt saya 300 dollor sehari tuu.

baru nak merangkak dalam dunia blog ni.. tq for info

tuan, saya ada persoalan...cuma bertanya.. tuan ajar orang buat adsense...tapi blog tuan takde adsense... maca mana tuh

wassalam..tgk orang dapat 300 dollar sehari memang la seronok.. tapi nak capai macam tu perjalanan dia tak berapa nak seronok.. hehe.. kena rajin bina blog,..

mekasih pada soalan... jawapan mudah aje..blog ini bukan untuk adsense.. kebiasaan blog adsense sy gunakan bahasa inggeris.. lebih luas pasarannya berbanding bahasa..

tak mengapa.. lama nanti mesti boleh berlari...

Aku dah 5 tahun buat blog baru hari ini 4/12/2015 di approved oleh Google adsense.Syukur alhamdulillah.Satu je kena pegang oleh blogger2..."Alang2 blogging buat sampai jadi duit".

Br je buat. Tah betul ke x cara sy buat ni. emm

Salam...sye nk tnye ni..sye bdk bwh umur n bru jer buat blog ni...mmg xboleh nk sign up k klau bdk bwh umur??..

assalam... saya dh beberapa kali cuba... tapi asyik disapproval saja... silap dimana pn tak tahu.

Aduh susah betul lah...pening kepala keladi...hemmm duit oh duit....www.keladionline.com

Join saya untuk dapat duit tunai hari hari...saya pun susah juga sekarang...tapi apa yg saya buat ni berbaloi..call 010 2002408

huhu..dah dua tahun mencuba, masih belum dpt 10usd pun..hahah

salam bleh saya tahu mcm mana nak join n brapa modal

Salam tumpang tanya, tahun 2016 ni still relevant x teknik2 yg ada kt JWAv2.5 ? And lagi 1, kt mana nak beli JWAv2.5 ni? Aku buka website jana-wang-adsense.com dh xde lg dh. So mcm mne nk beli?

terima kasih sharing this info..

Kena sabar dan rajin usaha la asas dia. Jgn lupa kena sentiasa up to date dengan polisi2 Google ni. Dulu agak senang nak apply, skrg jenuh la. Saya sendiri lebih 6 kali kena reject.

Dulu-dulu memang berhabis dengan blog, sekarang lebih mudah sebab dengan YouTube pun dah boleh buat Adsense

boleh x sapa2 bantu ajar...sy xfaham sgt kalau baca2 ni...ws sy pleasee 01129200936

boleh bantu saya..saya ingin mencuba dan merasai sesuatu yg baru

Boleh sahaja..kalau selalu follow akan jumpa mutiara yang tersimpan..

Macam macam saluran ada sekarang... yang penting kena konsisten..

Biasa biasa aje boh.. ada masa boleh ngeteh

Salam from Indonesia...
Cuba nak tengok comunitas adsense malaysia kat mana...
Thanks...

nak tambah followers dengan free ? haa meyh jemput datang blog saya www.manualfollowers.blogspot.com nnti saya ajar cara nak tambah followers instagram :)

sekitar cheras ni ade tak sifu yang mengajar benda ni.0193213281

Jika nak belajar dengan guru yang betul, saya cadangkan tn belajar dengan Tn Munawar.. boleh google untuk dapatkan info lanjut

Sila masukkan nama anda walaupun anda tidak mempunyai URL. Elakkan komen sebagai annonymous

EmoticonEmoticon