Jumaat, 18 November 2016

Tips dan Formula simple Buat surat jualan


Korang nak buat surat jualan, tapi kekeringan Idea nak tulis apa?

Itu normal dan ramai usahawan internet mengalami perkara yang sama..

"Adoi.. Tak tahu lah nak tulis apa!!"

"Boh... takde idea lah nak tulis apa..."

Aku pun pernah juga jadi sama macam korang. Selalu blur dan takde idea nak tulis apa, banyak fikir je dari menaip... idea takde beb... 

Lama juga fikir tu, hanprak.. takde apa pun aku tulis.. Last sekali, scroll je facebook, baca pasal Bersih , Gosip gosip artis.. layan layan komen.. likes sana sini.. habis macam tu je masa seharian aku.. hehehe

Formula simple Buat surat jualan

Bila fikir fikir memang banyak masa aku dah terbuang, lepas tu aku cari cara macam mana nak dapatkan idea untuk menulis surat jualan.. Kemudian aku cuba buat satu dua cara dan hasilnya dapat juga aku siapkan surat jualan dengan MUDAH dan PANTAS serta WOW!

Kalau korang adalah usahawan internet yang BUNTU tak tahu nak tulis apa pada surat jualan produk, aku kongsikan tips simple yang aku rembat dari otai otai kat FB... Baca dan cuba buat apa yang aku kongsi lepas ni...

Okeh..
Tarik nafas dalam dalam dulu.... Hembus..

Orite...
Jom baca tips & formula simple menulis surat jualan

Tips Pertama 

Kenali Siapa Pelanggan Ideal korang


Nak tulis surat jualan, korang perlu tahu dahulu siapa prospek atau pelanggan ideal produk korang. Cara nak kenal mereka adalah melalui pemerhatian gerak geri pelanggan korang. Tapi pada aku cara yang lebih efektif adalah bertanyakan dengan mereka beberapa soklan penting seperti apa masalah yang mereka hadapi? 

Apa yang mereka nak capai? Apakah bahasa dan ayat ayat yang biasa mereka gunakan? dan pelbagai soalan lain lagi yang korang boleh tanya pada mereka.

Oleh itu, korang akan mudah faham dengan kehendak pelanggan ideal dan dari situ secara tak langsung mudah anda untuk tulis surat jualan yang power!

Tips kedua

Jual Faedah atau Manfaat 


Korang sudah tentu faham sebagai seorang usahawan perkara penting adalah memberi kepuasan kepada pelanggan. jangan jual pada ciri ciri yang ada pada produk tu kerana silap haribulan akan memakan diri sendiri. 

Contohnya, korang jual produk nak kurus. Untuk mantapkan penulisan pada surat jualan, korang perlu ceritakan apa faedah yang pelanggan korang akan dapat bila beli produk kurus tu dan bukannya cerita pasal pakaging produk ataupun rupa bentuk produk.. Macam tak berapa sesuai.. Kalau bekas tu diperbuat daripada bahan mudah pecah lain cerita..

jadi, anggaplah korang sebagai penjual "penyelesaian" kepada masalah mereka dan nanti korang akan rasa mudah nak tulis surat jualan power.

Tips ketiga

Masukkan Testimonial


Bagi mendapat kepercayaan kepada prospek, testimoni adalah sangat WAJIB untuk diletakkan dalam penulisan web jualan korang. Ini adalah cara terbaik sebagai sokongan tambahan kepada produk korang. Biasanya, testimoni ini akan buat produk korang akan kelihatan lebih WOW ! dan berpeluang tukar prospek kepada pelanggan.

Tips keempat

Tepis Rejection


Sebagai usahawan usah risau tentang rejection sebab itu lah benteng benteng yang perlu korang pecahkan. Sebelum prospek buat rejection awal awal korang perlu buang segala halangan yang ada dalam fikiran prospek. Memang lumrah otak manusia telah di setkan perkataan "NO" bila berdepan dengan tawaran produk. Jadi tugas penting korang adalah untuk "buang" perkataan "No" yang bersarang dalam fikiran mereka. 

Korang cuba fikirkan apakah penyebab prospek anda tak nak beli produk korang sekarang. Fikir dulu sejenak. Bila korang dah dapat jawapannya, cuba "lawan" balik siap-siap dalam surat jualan korang.

Contohnya, boleh tawarkan prospek "JAMINAN PULANGAN WANG". Biasanya prospek sangat takut dengan risiko yang bakal dihadapi kalau produk tu tak memberi sebarang manfaat pada mereka seperti yang korang tulis dalam web jualan. 

Dengan cara ni, prospek korang akan lebih berani untuk try produk korang walaupun diaorang tak pernah jumpa korang pun. jadi "rejection" risiko dah pun korang "hapus" dalam benak fikiran prospek.

Kelima

Suntik Teknik "Urgency"


Ini yang ramai orang buat dan memang aku tak nafikan teknik "scarcity" atau "urgency" ini banyak bantu tingkatkan jualan produk di web jualan. Contohnya, produk di tangan kami cuma ada 3 unit aje lagi. Siapa cepat, dia dapat harga diskaun!

Banyak lagi teknik "urgency" yang korang boleh gunakan. TETAPI pastikan korang tak kelentong prospek. 

Biasa yang aku jumpa, 

Janji akan naikkan harga jualan setelah cukup masa yang ditetapkan... tapi bila sampai masa, harga masih sama je. Cara ini memang akan menyebabkan kredibiliti korang sebagai usahawan akan kurang diyakini dan prospek tidak lagi percaya dengan tawaran tawaran pada masa akan datang. 

Biasa teknik ini yang selalu aku gunakan untuk tulis surat jualan. Listkan satu persatu, ikut langkah demi langkah. Jika korang takde sangat idea nak tulis apa, tinggal dulu...

Pergi keluar ambil angin..buang angin.. dan kemudian sambung tulis point seterusnya.. Point awal tu biar dulu buat sementara..

Praktikkan selalu teknik penulisan ni. Lama lama kerja korang akan jadi lebih mudah sebab korang dah terbiasakan diri untuk menaip dan menulis. 

Aku doakan pada korang..

Semoga berjaya!

1 comments

Banyak tips kene tahu, selain dari itu imej pun penting gak. Above all, ayat memujuk @ memancing kena power

Sila masukkan nama anda walaupun anda tidak mempunyai URL. Elakkan komen sebagai annonymous

EmoticonEmoticon