Ahad, 4 Disember 2016

Cari peluang kerja di rumah dengan bisnes melalui handphone


Okeh

Mungkin anda ketika ini sedang mencari kerja sambilan atau kerja sampingan. Al maklum sahaja lah dalam situasi nilai Ringgit yang tidak menentu ini perbelanjaan harian kita semakin meningkat. Itu memang tak dinafikan. 

Saban hari banyak emel, whatsapp dan Fb mesej yang aku terima bertanya macam mana nak buat duit secara PERCUMA di internet.

Jawapan aku paling mudah buat duit dengan affiliate.

Cari peluang kerja di rumah


Itu paling senang dan cepat buat duit TETAPI anda perlu tahu caranya. Bukan main bantai je buat spamming sana sini. Paling efektif untuk main affiliate perlu ada blog. Sebaik baiknya satu blog untuk satu niche sahaja dan jangan bercampur aduk. Lagi satu jangan offer dua tiga program affiliate dalam satu blog melainkan anda sudah mahir dan tahu nak bezakan pengunjung.

Usah tipikal dengan pemikiran kita mudah untuk buat duit internet. Kalau “DUIT” yang menjadi sasaran anda, aku katakan paling lama pun sebulan aje anda boleh bertahan. Sebabnya proses pembelajaran itu cukup panjang dan agak menyeksakan melainkan anda mempunyai minat yang mendalam. 

Aku memahami ramai nak buat duit PERCUMA dan suka pada yang PERCUMA tetapi takut nak keluarkan wang untuk dapatkan panduan berguna. Itu lumrah manusia. Siapa yang tak suka benda Free kan..

Sebut pasal PERCUMA aku ada sediakan ebook Strategi RM5000 sebulan dengan bisnes Simkad Handphone. Jika anda berminat nak ceburi bisnes handphone dan nak tahu selok beloknya boleh muat turun dahulu ebook ni pada link di bawah :


Dengan kemudahan handphone dan smartphone hari ini, lagi memudahkan untuk kita berniaga secara sambilan dan boleh dilakukan dirumah. Sekarang ini kan banyak group Whatsapp, Telegram, Weechat dll. Peluang sebegini perlu digunakan sebaiknya untuk memasarkan produk perniagaan anda. 

Cumanya anda perlu tahu teknik copywriting ayat jualan yang menarik minat. Itu penting. Dan hal ini adalah subjektif dimana anda perlu membuat ujikaji beberapa jenis iklan hingga lah anda temui iklan yang benar benar berkesan.

Membuat bisnes dropship juga adalah satu peluang kerja di rumah dan boleh dijalankan melalui handphone sahaja. Melalui aplikasi menarik yang ada dalam android, banyak apps berguna yang boleh kita gunapakai untuk tingkatkan jualan. 

Aku kongsikan sedikit beberapa teknik pemasaran yang masih evergreen dan ada peminatnya tersendiri.

Antara kaedah atau teknik pemasaran yang masih relevan dan berkesan untuk dapatkan jualan yang bagus adalah :

  • Promosikan perniagaan secara langsung one to one. Mudah cakap kena ringan mulut berkongsi dengan orang ramai. 
  • Promosi perniagan dengan kertas seperti risalah brochure, kad perniagaan atau banner.
  • Promosi perniagaan melalui Media Sosial
  • Promosi perniagaan berbayar dengan Fb ads, istalgaram, adwords dan sebagainya.
  • Promosi Produk Perniagaan Menerusi Website atau Blog
  • Pemasaran atau Promosi melalui Forum Website
  • Pemasaran online melalui telefon mobile dan emel
  • Pengiklanan di tempat-tempat menunggu atau majalah
  • Promosi perniagaan melalui pengiklanan percuma
  • Promosi perniagaan melalui surat.


Dan akhir sekali ingatlah pesan aku ni..

Anda buatlah seberapa banyak promosi sekali pun tetapi perkara yang UTAMA jangan dilupakan.

Rezeki ni Allah yang bagi.. So jangan berkira dengan Dia.. Kalau Dia 'panggil' solat, jangan berkira, cepat-cepat pergi, tinggalkan kerja dunia tu.. Kalau ada hambaNya yang memerlukan, jangan berkira, cepat-cepat hulurkan bantuan.

Okeh.

Peluang kerja di rumah dengan bisnes melalui handphone sebenarnya terlalu banyak dan mudah untuk kita kendalikan. Sambil sambil duduk pun sebenarnya macam macam idea boleh timbul untuk memberi servis kepada masyarakat sekeliling, contohnya servis cuci carpet, servis basuh kereta dan lain lain. 

Aku doakan semoga anda Berjaya!

P/s : Tawaran menarik untuk 500 orang terawal. E-Book Percuma untuk dikongsi berkenaan Rahsia dapat  RM5000 dengan bisnes simkad buat secara santai dirumah. 

Laporan ini boleh download percuma DISINI

Sila masukkan nama anda walaupun anda tidak mempunyai URL. Elakkan komen sebagai annonymous

EmoticonEmoticon