Biodata


Assalamualaikum WBT


Selamat datang ke laman blog mudahkot.com. Penulisan ini adalah berkisar kepada pengalaman aku melakukan pemasaran melalui internet. Niat aku adalah untuk berkongsi ilmu dan info mengenai pemasaran internet.

Aku bukanlah otai, sifu ataupun masta yang suka mendendangkan teknik teknik hebat di Facebook sedangkan masih ramai yang tersengguk sengguk dan karam dalam proses pembelajaran untuk menikmati pendapatan pertama melalui internet. 

Tidak mustahil untuk kita memperolehi pendapatan sehingga 4 atau 5 Angka sekalipun di dalam perniagaan Internet. Dengan perkongsian ilmu di sini harapan aku agar lebih ramai newbies kubis akan dapat menjana pendapatan melalui internet. 


Penafian

Aku selaku pemilik tunggal blog mudahkot.com tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam blog ini. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (seperti, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila rujuk kepada pakar yang bertauliah di dalam bidang berkenaan. Sebarang kekurangan dan kelemahan penulisan saya di laman blog ini amatlah dikesali. Apa yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan kekurangan itu datangnya dari kelemahan diri aku sendiri.



Wassalam